Friday 20 September 2013

Aku rindu Mama

Oktober 2013 genaplah setahun pemergian mama untuk selamanya. Sekejap sungguh masa berlalu. Hanya Allah sahaja yang tau betapa dalamnya rasa rindu yang tersemat dalam hati ni.
Masih segar lagi dalam ingatan setiap kali menemani mama menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Masih ku ingat lagi kepayahan di wajah mama menahan kesakitan yang tak tertanggung. Tidak putus jua doa aku sebagai anak supaya diringankan bebanan yang ditanggung. Sungguh aku tak sanggup melihat wajah mama yang nampak lemah sedangkan dia adalah wanita yang sangat kuat membesarkan kami adik beradik tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi. Ya Allah, sesungguhnya aku rindukan mama.

Airmata inilah menjadi peneman tatkala mengingati kenangan manis bersama arwah mama. Mungkin di mata mereka yang melihat, aku seorang yang kuat untuk menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Masih segar lagi di ingatan mama memasakkan makanan kegemaran di hari lahir kami. Masih segar lagi kami menyambut hari ibu bersama. Masih segar lagi percutian kami sekeluarga ke Pulau Pinang Februari lepas. Semua masih segar dalam ingatan.

Sungguh pantas masa berlalu. Ujian yang mama lalui memang singkat kerana Allah lebih menyayanginya. Dalam masa 3 bulan sahaja, Allah memberiku peluang untuk menjaga mama. Ya Allah, rindunya aku pada mama.


Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh mamaku Maznah Binti Ahmad
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Al-Fatihah.... Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......