Friday 20 September 2013

Aku rindu Mama

Oktober 2013 genaplah setahun pemergian mama untuk selamanya. Sekejap sungguh masa berlalu. Hanya Allah sahaja yang tau betapa dalamnya rasa rindu yang tersemat dalam hati ni.
Masih segar lagi dalam ingatan setiap kali menemani mama menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Masih ku ingat lagi kepayahan di wajah mama menahan kesakitan yang tak tertanggung. Tidak putus jua doa aku sebagai anak supaya diringankan bebanan yang ditanggung. Sungguh aku tak sanggup melihat wajah mama yang nampak lemah sedangkan dia adalah wanita yang sangat kuat membesarkan kami adik beradik tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi. Ya Allah, sesungguhnya aku rindukan mama.

Airmata inilah menjadi peneman tatkala mengingati kenangan manis bersama arwah mama. Mungkin di mata mereka yang melihat, aku seorang yang kuat untuk menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Masih segar lagi di ingatan mama memasakkan makanan kegemaran di hari lahir kami. Masih segar lagi kami menyambut hari ibu bersama. Masih segar lagi percutian kami sekeluarga ke Pulau Pinang Februari lepas. Semua masih segar dalam ingatan.

Sungguh pantas masa berlalu. Ujian yang mama lalui memang singkat kerana Allah lebih menyayanginya. Dalam masa 3 bulan sahaja, Allah memberiku peluang untuk menjaga mama. Ya Allah, rindunya aku pada mama.


Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh mamaku Maznah Binti Ahmad
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Al-Fatihah.... Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin...... 

Sunday 7 October 2012

Kanser usus besar

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Macam perkara yang berlaku dalam masa beberapa bulan. Banyak perkara yg tidak dijangka telah berlaku. Mama kini sedang menanggung penyakit yg paling ditakuti iaitu kanser usus. Dalam keadaan mama yg tidak pernah mempunyai sejarah penyakit kronik tiba2 disahkan mempunyai tumor dalam usus besar setelah beberapa bulan kerap mengalami sakit perut.

Beberapa bulan sebelum ni Mama sering mengadu sakit perut dan sukar membuang air besar. Kerap juga ulang alik ke klinik tetapi doktor hanya memberitahu ia hanyalah disebabkan angin. Memang mama hilang selera makan semenjak beberapa bulan ni. Macam2 ubat dan supliment yg telah dia mkn. Keadaan tetap sama. Bila susah buang air, doktor hanya bagi ubat lawas buang air.

Sehinggalah sebulan sebelum puasa, sakit perut Mama seperti tak dapat ditahan2 sakitnye. Senak sangat kata Mama. Lalu terus kami membawa Mama ke HKL setelah melihat Mama tak dapat menahan sakit. Di situ la doktor mengesahkan Mama mengidap kanser usus dan telah merebak ke sebahagian hati dan 29 kelenjar. Kami memang rasa terkejut.

Kini, sudah dua bulan berlalu selepas Mama menjalani pembedahan Hemicolectomy.  Untuk bahagian hati Mama, kenalah Mama menjalani rawatan kemoterapi.

Semoga Mama dikurniakan kekuatan oleh Allah swt utk berjuang menentang penyakit ini. Lagipun, tak sampai beberapa bulan lagi adikku yg kedua akan melangsungkan perkahwinannya. Aku doakan supaya Mama cepat sembuh. Kami sangat menyayangi Mama. Kami akan buat apa yg terbaik selagi kami hidup.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika ibu yang aku sayangi sedang  tidur, jagalah tidurnya  dan segarkanlah bangunnya
Jika ibu yang kusayangi  sedang beribadah, terimalah ibadahnya
Jika ibu yang kusayangi  sedang berdoa,  kabulkanlah doanya
Jika ibu yang kusayangi sedang bekerja, ringankanlah pekerjaannya
Jika ibu yang kusayangi  sedang terbelenggu kesulitan, bebaskanlah kesulitannya, dan ganti dengan segala kemudahan
Jika ibu yang  kusayangi  sedang sakit, sembuhkanlah sakitnya
Jika ibu yang kusayangi  sedang bersusah hati, gembirakanlah
Jika ibu yang kusayangi  sedang musafir,  selamatkanlah
Jika ibu yang kusayangi  sedang cemas, tentramkanlah hatinya
Jika ibu yang kusayangi sedang khilaf,  sayangi dan ampunkanlah
Jika ibu yang kusyangi sedang lupa, ingatkanlah dan maafkanlah
Jika ibu yang kusayangi  sedang lapang dan sejahtera, karunialah dia rasa bersyukur yang tak habis2nya. Hanya padaMu kami mohon perlindungan Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah maha pengasih lagi penyayang. Amin Yaa Robbal'Alamin....

Monday 4 June 2012

Percutian ke pulau mutiara

Setelah tsunami melanda 6 tahun lepas, ni la kali pertama aku datang ke Penang dengan famili aku. Banyak betul perubahan kat sini berbanding dulu. Banyak banguna hotel dan kondo mewah yang didirikan di persisir pantai Tanjung Bungah.


Tiba di lapangan terbang Bayan Lepas.


Menuju ke perhentian bas untuk ke hotel.


Dalam bas Rapid Penang menuju ke Batu Feringgi

Tiba je kami kat lapangan terbang, kami menuju ke hotel penginapan dengan menaiki bas Rapid Penang. Lebih kurang 1 jam jugak la nak sampai kat Batu Feringgi sebab bas tu pusing2 dulu kat town ambil penumpang. Tambang seorang RM5. Murah sangat berbanding naik teksi. Teksi kat Penang ni bukannya guna meter pun. Mau sampai RM40 satu teksi kalau nak ke Batu Feringgi.


Kat Penang ni yang best nye, macam2 makanan yang ada. Yang popular dekat sini adalah pasembor dan laksa penang. Makanan ni boleh didapati kat Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru atau dulu dipanggil Persiaran Gurney. Kalau nak makan nasi kandar yang sedap pulak boleh la cuba Nasi Kandar Line Clear. Memang terangkat habis. Kalau nak beli buah tangan untuk bawa balik KL leh la beli jeruk dekat pasar Chow Rasta. Macam2 jeruk yang ada kat sana.


Depan Masjid Terapung



Bukit Bendera



Penang Toy Muzium


Kilang Batik


Tempat2 yang best untuk dilawati pulak adalah seperti Toys Muzium. Pelbagai jenis patung yang di pamerkan kat sini. Caj untuk masuk kat dalam ni adalah RM10 je. Semua watak animasi yang pernah ditayangkan semua dipamerkan kat sini.

Bukit Bendera pun seronok. Keretapi yang digunakan untuk naik kat atas sudah ditukar kepada versi yang baru dan ianya telah ditukar pada tahun 2011. Keretapi yang terbaru ni lebih canggih sikit la daripada yang lama. Laju pun laju. Banyak lagi tempat2 yang boleh dilawati kat Penang ni. Contohnya, Masjid Terapung, Coffe & Chocolate Shop, Kilang Batik, Spicy Farm Taman Rama2 dan banyak lagilah.








3 Hari kami kat sana pun tak cukup. Kalau ada rezeki mungkin kami akan ke sana lagi.


Wednesday 21 September 2011

Kebahagiaan

Ya Allah
Pancarkanlah cahayaMu dalam hatiku
Secerah bulan dan bintang di langit yang kelam
Sinarnya selalu memancarkan ketulusan
Yang mampus menembus ke dasar lautan

Ya Rabbi
Aku berharap selalu tabah dan tenang
Dalam setiap langkah dan tujuan
Kegagalan masa lalu adalah ujian
Agar aku selalu tegar untuk melangkah
Menuju puncak kebahagian
Dunia akhirat dan kemenangan