Sunday 7 October 2012

Kanser usus besar

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Macam perkara yang berlaku dalam masa beberapa bulan. Banyak perkara yg tidak dijangka telah berlaku. Mama kini sedang menanggung penyakit yg paling ditakuti iaitu kanser usus. Dalam keadaan mama yg tidak pernah mempunyai sejarah penyakit kronik tiba2 disahkan mempunyai tumor dalam usus besar setelah beberapa bulan kerap mengalami sakit perut.

Beberapa bulan sebelum ni Mama sering mengadu sakit perut dan sukar membuang air besar. Kerap juga ulang alik ke klinik tetapi doktor hanya memberitahu ia hanyalah disebabkan angin. Memang mama hilang selera makan semenjak beberapa bulan ni. Macam2 ubat dan supliment yg telah dia mkn. Keadaan tetap sama. Bila susah buang air, doktor hanya bagi ubat lawas buang air.

Sehinggalah sebulan sebelum puasa, sakit perut Mama seperti tak dapat ditahan2 sakitnye. Senak sangat kata Mama. Lalu terus kami membawa Mama ke HKL setelah melihat Mama tak dapat menahan sakit. Di situ la doktor mengesahkan Mama mengidap kanser usus dan telah merebak ke sebahagian hati dan 29 kelenjar. Kami memang rasa terkejut.

Kini, sudah dua bulan berlalu selepas Mama menjalani pembedahan Hemicolectomy.  Untuk bahagian hati Mama, kenalah Mama menjalani rawatan kemoterapi.

Semoga Mama dikurniakan kekuatan oleh Allah swt utk berjuang menentang penyakit ini. Lagipun, tak sampai beberapa bulan lagi adikku yg kedua akan melangsungkan perkahwinannya. Aku doakan supaya Mama cepat sembuh. Kami sangat menyayangi Mama. Kami akan buat apa yg terbaik selagi kami hidup.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika ibu yang aku sayangi sedang  tidur, jagalah tidurnya  dan segarkanlah bangunnya
Jika ibu yang kusayangi  sedang beribadah, terimalah ibadahnya
Jika ibu yang kusayangi  sedang berdoa,  kabulkanlah doanya
Jika ibu yang kusayangi sedang bekerja, ringankanlah pekerjaannya
Jika ibu yang kusayangi  sedang terbelenggu kesulitan, bebaskanlah kesulitannya, dan ganti dengan segala kemudahan
Jika ibu yang  kusayangi  sedang sakit, sembuhkanlah sakitnya
Jika ibu yang kusayangi  sedang bersusah hati, gembirakanlah
Jika ibu yang kusayangi  sedang musafir,  selamatkanlah
Jika ibu yang kusayangi  sedang cemas, tentramkanlah hatinya
Jika ibu yang kusayangi sedang khilaf,  sayangi dan ampunkanlah
Jika ibu yang kusyangi sedang lupa, ingatkanlah dan maafkanlah
Jika ibu yang kusayangi  sedang lapang dan sejahtera, karunialah dia rasa bersyukur yang tak habis2nya. Hanya padaMu kami mohon perlindungan Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah maha pengasih lagi penyayang. Amin Yaa Robbal'Alamin....

No comments:

Post a Comment